MuHaSaBah

Sunday, September 17, 2006

erti hidup pada memberi

Tanpa saya sedar, saya mendapat kekuatan untuk menerima kehadiran seorang isteri yang bakal sibuk, maha sibuk. Kekuatan itu datang dari satu prinsip hidup saya yang penting, “ERTI HIDUP PADA MEMBERI”.

Ya, saya mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Saya berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan saya di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya saya menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu.



Kehidupan berumahtangga kami pada 3 bulan pertama, sudah menampakkan cabarannya. Isteri saya amat terbeban dengan tugasnya sebagai JHO di NUIG Hospital. Namun saya bersyukur kerana mempunyai serba sedikit keupayaan untuk menguruskan rumah tangga. Sayalah yang memasak, menghantar makan kepada isteri seandainya beliau oncall dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi, amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu.

taken from: http://www.saifulislam.com/zikirfikir.html

Thursday, November 24, 2005

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, danAllah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadakuseperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamumengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkandua sayapnya dia boleh menempuh jarak per! jalanan 3000 tahun,terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemahdan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engk! au miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T tel! ah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulanRamadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalamsolat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan ! (tarikh terjadinya) hari kiamatdidalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


kubur fatimah berkata...

Kubur Fatimah Berkata dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggaldunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :- 1. Ali binAbi Talib (suami Fatimah r.a) 2. Hasan (anak Fatima r.a) 3. Husin (anakFaimah r.a) 4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu DzafrrinAl-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazahsiapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa iniadalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atauorang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yangbanyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itutidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan akulayan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat darisiksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :- 1. Hendaklahia menjaga solatnya 2. Hendaklah dia bersedekah 3. Hendaklah dia membacaal-Qur'an 4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana denganmemperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur danmelapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :- 1. Jangan berdusta 2.Jangan mengkhianat 3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sanacucuk sini) 4. Jangan kencing sambil berdiri

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semuadari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpuncadari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaandalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yangbapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandangadakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggiatau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal solehyang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiapsoalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan carakita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kitayang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalanyang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, makamereka mungkin akan menjawab, "Ah! mudah saja, aku boleh menghafal untukmenjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidakakan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidakmengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranyadia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya danbegitu juga seterusnya.
teguhkan keimanan antunna semua...wassalam

Thursday, November 17, 2005

cinta Teragung

Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur
Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petanda ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia
Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pastijadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah
Ya Allah

Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam
Tempat mengadu segalanya
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim

Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasihMu

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tesergam indah
Bukti adaMu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela
PadaMu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia.

Friday, November 04, 2005

Eid mubarak




Eid Mubarak~*

Sunday, October 30, 2005

ya Allah ,kurniakanlah ku kekuatan

Ku melangkah, menerjun ke dalam laluan yg ku sendiri tidak mengerti
apakah natijah disebalik laluan itu?
setiap kali ku terpikir realitinya
tetapi pemikiran itu lantas lenyap
dialiri sebatang sungai kerinduan
Ku menyedari keadaan diri ini,tidak layak untuk berbicara akan kebaikan, apatah lagi dianggap sebagai baik..
diri ini seolah-olah tidak ada harga dan nilaiannya
namun diri yang tak bernilai ini mampu memegang kepada janji
Ku tergamam dan sukar melafazkan kata-kata
pabila sebuah janji seolah2 menjadi keringanan
sedangkan janji itu merupakan kehidupan yang kita akan lalui bersama pahit-manisnya ..kita telah berjanji..namun hati manusia,sukar disusuri
kerana mencari suatu laluan yg terbaik baginya..
lantas secebis kerinduan ini dibalas dengan kalimah yang mampu menggigilkan seluruh badan.
Ku menyedari kerinduan hanya kepada Yang Maha Esa dan RasulNya,
kerinduan yang hakiki tidak ada tolok bandingan dengan perkara lainnya.
namun ya Allah, diri yang lemah, hina-dina di SisiMu ini
tidak mampu lari daripada kerinduan insani
Ya Allah bajailah hatiku dengan dengan cinta kepadaMu
dan sayang akn kekasihMU
agar ku langsung tidak rasa akan kesal kerana cinta..
bina lah cinta teragung dalam diriku..kurniakan lah ya Allah...
dan Kau kekalkanlah seekor rama-rama kuning
yang ku sudah miliki namun tak dapat menaungi..


Rama-rama kuning...
aku ingin sepertimu
terbang bebas dengan sayap kebanggaan
melayah kemana saja yang kau mahu
walau dalam waktu yang terbatas.
Rama-rama kuning

kau begitu cantik
Sayapmu lebar kharismamu terpancar
dan kau tak mudah terpesona oleh kerlipan mata.
Rama-rama kuning

kau tetap yang pertama dan yang terakhir
meski pun banyak rama-rama Yang terbang mengitari aku
Kerana kau tidak seperti yang lainnya.


coretan: zulkiflee & abdul latip

izinkan aku mencintaimu semampuku..

Tuhanku aku mula belajar mencintaiMu
sejak kecil ku melalui asuhan ayah dan ibu
melalui madah Tuan Guru lembaran wahyuMU kupelajari
sabda nabiMU ku hayati masih terpahat dalam ingatan.
Tuhanku aku
tidak mampu mencintaiMU seperi Saidina Abu Bakar

Sanggup menyerahkan seluruh hartanya
atau seperti Saidina OmarYang menyerahkan separuh
hartanya

demi mencari keredhaanMU
izinkan aku mencintaiMu
melalui amalku yang singkat
dan sedekahku yang sedikit.
Tuhankuaku tidak mampu mencintaiMU

melalui solat yang khusyuk Seperti Saidina Ali
Tidak Berasa sakit walau panah menembusi kaki
izinkan aku mencintaiMU melalui solat yang ku lakukan dalam waktu
yang terbatas
TuhankuIzinkan aku mencintaiMU

dengan mencintai isteri dan anak-anakku
saudara-saudaraku

sahabat-sahabatku
dan orang-orang alim di kalangan kami.
TuhankuIzinkan aku
mencintaiMU semampuku

betapa kerdilnya diri ini di sisi kebesaranMU.

abdul latip

Wednesday, October 12, 2005

Allah the Almighty

Friday, October 07, 2005

layar keinsafan

mari hayati senikata ni =)

sepi benar senja ini
bayunya seminir
menganak ombak kecil
jalur ufuk pula mengemas terang
kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik,
pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkan ku ke arah cintaMu
Tuntuni aku menggapai redhaMu,
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku dikala dinihari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasan ku terlakar
Berikan ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Pada Mu tuhankan

kuserahkan cinta kepadaMu
Harapanku moga dikurniakan
manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untuk ku berlayar

lagu: layar keinsafan
album:Layar keinsafan (Mestica)

  • yusrina